
imsitiakd
4 tahun
Keradangan kulit on off
Berusia 36 thn, mkn Zentel setiap 2 bln, tidak gemar mkn sayur, penggemar kopi, byk spent masa di rumah. slps bkerja 9-10 jam/hari. Hobi beri makan kucing2 jiran & berkebun. Tidak selesa dgn losyen kerana teksturnya yg melekit. Kulit miang2 dgn ruam2 sebesar syiling 10 sen. Timbul dan hilang selang bbrp minit. Utk kurangkan kegatalan, saya akn oleskn bam pala/ minyak angin cap kapak. 3 bln.lps, saya diberikn ubat oleh doktor utk pagi & mlm Slps itu…kegatalan kulit kembali semula.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat beberapa punca yang mungkin menyebabkan kulit bertompok dan gatal, antaranya yang lebih biasa ditemui adalah
- Pityriasis alba
- Punca penyakit ini masih tidak dapat dikesan
- Biasanya boleh dilihat di kalangan kanak-kanak dan remaja yang mempunyai kulit yang kering
- Panau ( Pityriasis versicolor )
- Sebabnya tidak diketahui
- Jangkitan di bahagian permukaan kulit disebabkan oleh pertumbuhan kulat pityrosporum orbicular secara berlebihan
- Biasanya terjadi di kalangan remaja yang berpeluh terlalu banyak
- Jangkitan ini mudah berulang semula
- Kulit kering
- Ekzema/dermatitis atopik
- Alahan
- Hives (keradangan kulit yang disebabkan oleh pelepasan bahan kimia dalam badan yang dipanggil histamin)
Selain daripada punca di atas, terdapat juga sebab-sebab lain berlakunya tompok-tompok pada badan. Untuk mengetahui punca yang menyebabkan masalah kulit anda, maklumat yang selanjutnya masih diperlukan. Oleh itu, anda adalah disarankan untuk merujuk masalah ini kepada kami secara peribadi. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan hal ini berlaku.Antaranya ialah:
- Keadaan kulit. Boleh berpunca dari kulit bermasalah seperti masalah kulit gatal, kulit kering (xerosis), ekzema (dermatitis), psoriasis, kudis, luka bakar, parut, gigitan serangga dan gatal-gatal.
- Gangguan saraf.
- Alergik
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.