
professorkid1412
5 tahun
Keraguan Tentang Herpes
Doktor, saya disyaki dijangkiti Herpes bukan melalui simpom tapi melalui pengakuan pasangan yang mendapat pengakuan daripada pasangan lain. Saya telah cuba membuat ujian di klinik kesihatan kerajaan tapi mereka tidak menawarkan ujian. Di mana saya boleh menjalani ujian Herpes ini? Apakah kos kasar? Berapa lamakah tempoh untuk keluar keputusan? Perlukah saya mengambil langkah tertentu seperti tidak berkongsi sudu, garfu, tuala?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Ujian herpes boleh dibuat di mana-mana klinik sti di hospital kerajaan ataupun di klinik swasta juga. Anda boleh meminta bantuan daripada klinik untuk membuat rujukan kepada hospital .Kos pemeriksaan adalah bergantung kepada hospital yang anda pergi.
Untuk pengetahuan anda , penyakit herpes ini tidak akan merebak ke mulut tetepi anda mempunyai risiko untuk mendapat penyakit herpes mulut (HSV1) sekiranya anda melakukan oral sex . Anda dinasihati untuk tidak mengkongsi tuala atau pakaian .
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih https://www.doctoroncall.com.my/patient#/signup