
Sulit
4 tahun
Kerap berasa sakit di perut dan bahagian rusuk sebelah kiri
Saya wanita berumur 26 tahun . Doctor sahkan saya mempunya sakit GERD pengujung bulan jun 2020 . Sekarang saya kerap kali rasa sakit perut dan rusuk sebelah kiri saya . Pada masa yg sama terkadang sakit tu sehingga ke dada kiri dan kanan saya . Saya juga susah untuk membuang air besar .Rasa melayang pening kepala pun selalu saya alami . Saya tak konsumsi apa apa jenis ubat cuma jaga makan sahaja . Boleh doktor beri pencerahan tak dengan simptom yang saya alami ini . Terima kasih

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh anda. Walaubagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Umumnya gejala anda boleh disebabkan oleh pelbagai jenis gangguan tubuh, antaranya:
- penyakit saluran makan (i.e. gastrik, GERD, dll)
- pengambilan ubat-ubatan yang tidak terkawal
- efek sampingan dari ubat
- stress otot yang berlebihan
atau boleh juga disebabkan oleh:
- gangguan organ pankreas
- gangguan muskuloskeletal atau saraf
- gangguan organ kardiovaskular
- gangguan paru-paru
Maka, tanpa pemeriksaan yang lebih khusus, kita tidak boleh menjamin punca sebenar sakit yang anda alami. Walau bagaimanapun untuk menghilangkan keluhan buat sementara waktu, anda dinasihatkan untuk:
- meneruskan rawatan yang telah diberikan
- berehat apabila selesai beberapa tugas
- memastikan pakaian tidak terlalu ketat
- memastikan tubuh sentiasa terhidrat (baca: stay hydrated)
- jauhi minuman kopi dan teh yang terlalu pekat
- mengunyah makanan dengan baiksebelum menelan
- merujuk ke doktor sekiranya gejala berterusan atau malah bertambah
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.