
Sulit
4 tahun
Kerap Buang Air Besar Dalam Masa Sehari
Saya lelaki berumur 25 tahun. Kebelakangan ni saya kerap buang air besar. 4, 5 kali saya ulang alik masuk tandas dalam masa sehari. Paling kerap waktu bangun pagi. Saya jadi macam tak puas masa buang air besar tu. Sekali buang dalam kuantiti yang sikit sahaja. Saya ada sejarah operation appendix pada tahun 2012 dahulu.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu kerap membuang air besar. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Masalah penghadaman seperti radang usus
- Jangkitan bakteria di dalam usus
- Ulser usus
- Luka pada dubur
- Usus tersumbat
- Kanser usus
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda serta pemeriksaan perlu dijalankan. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat lanjut tentang masalah ini. Sila ke klinik atau hospital dengan segera sekiranya anda mendapat simptom seperti najis berdarah, cirit-birit, muntah, demam atau sakit perut yang teruk.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.