
Sulit
5 tahun
Kerap keluar mani waktu tidur
Assalamualaikum dan selamat petang.saya ada satu permasalahan y. Saya kerap sangat keluar mani sewaktu tidur. Kadang tu tidur pada pukul 3 misalnya, pukul 4 terjaga kerana keluar mani. Dalam minggu ni saja dah 4 kali keluar mani. Saya stress kerna dan bimbang. Apakah puncanya? Untuk pengetahuan doktor, saya ini kadang kadang ada sisa kencing yg terkeluar selepas kencing. Jadi saya balut kemaluan dengan tisu walaupun ketika hendak tidur. Kadang saya ikat getah. Adakah punca mengikat getah itu dan kemaluan tersepit, kemaluan jadi terangsang untuk keluar mani?? Harap doktor dapat jawab persoalan ini segera. Terima kasih banyak.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Masalah yang anda hadapi adalah Nocturnal Emission, di mana ejakulasi berlaku pada waktu malam semasa anda tidur, walaupun tiada mimpi. Punca Nocturnal Emission belum dikenal pasti sehingga kini, tetapi ada kajian menunjukkan bahawa kadar testosteron dalam badan yang tinggi merupakan antara puncanya.
Tiada rawatan khusus untuk kondisi ini. Ada pendapat mengatakan bahawa masturbasi boleh mengurangkan kadar ejakulasi semasa tidur, tetapi tiada bukti yang kukuh untuk menyokongnya. Dalam kes kes kronik, penggunaan pil anti-kemurungan didapati boleh mengurangkan simptom tersebut. Anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor pakar urologi untuk pemeriksaan dan rawatan selanjutnya. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.