
Sulit
4 tahun
Kerap kembung perut di bahagian atas dan sakit dada
Anak saya yang berumur 17 tahun kerap kembung perut di bahagian atas walaupun tidak makan terlalu banyak. Ia berlaku selepas makan dan secara tiba tiba. Dia juga kerap buang angin dan terasa sakit di dada. Dia sudah cuba untuk meletakkan minyak angin. Ia sudah berlaku dalam sebulan. Boleh saya tahu sebabdan cara untuk atasinya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda yang diberi, kami memahami kebimbangan anda mengenai kembung perut dan juga sakit dada yang dihadapi anak anda. Simptom-simptom yang dilalui mungkin berkait antara satu sama lain ataupun tidak. Untuk makluman anda, terdapat beberapa penjelasan yang boleh diberi yang sesuai dengan masalah yang anak anda hadapi:
- Penyakit refluks gastroesofagus (GERD)
- Ulser perut (Peptic Ulcer)
- Ulser duodenum (Duodenal Ulcer)
- Sindrom Zollinger-Ellison
- Alahan makanan
- Keradangan perut (Gastrik atau Gastritis)
- Ketidakbolehan untuk mencerna gula laktos (Lactose Intolerance)
- Ketidakbolehan untuk mencerna secara fisiologikal (Physiological Dyspepsia)
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda yang berdekatan bagi mendapatkan penjelasan lebih lanjut serta menjalani ujian kesihatan yang terdapat di klinik atau hospital. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.
Terima kasih.