
Sulit
4 tahun
Kerap kencing dalam kuantiti sikit terutama tengah malam
Saya berusia 23 tahun. Sejak last period, saya mengalami kerap kencing sampai lah sekarang 3 minggu dah. Rasa ngilu macam pundi kencing penuh padahal saya baru kencing. Kerap berlaku tak kira masa. Tiap 2-3 pg akan terjaga sebab terasa ngilu nak kencing tapi kencing tak banyak. Bila check doc, doc cakap kencing okay tak kotor dia bagi ubat antibiotik tapi still lagi rasa benda sama sampaikan saya dah tak larat kadangtu terpaksa tidur duduk. Saya belum kawin lagi. Ada apa apa masalah pada buah pinggang ke atau lain ?

4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah kerap kencing yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Penyakit kencing manis
- Terlalu banyak minum air
- Masalah hormon yang mengawal air dalam badan
- Radang pada pundi kencing
- Penggunaan ubat ubatan seperti ubat darah tinggi jenis diuretik
- Pundi kencing terlalu aktif ( Overactive Bladder )
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah anda dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Untuk info lanjut tentang masalah ini secara mendalam, anda boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan pihak kami secara peribadi. Terima kasih