
Sulit
4 tahun
Kerap kencing pada hari kedua datang bulan
Ini masalah yg dihadapi oleh pasangan saya. Saya dan pasangan melakukan hubungan seks pada hari isnin. pada hari selasa pasangan saya datang bulan. pada hari rabu pagi. pasangan saya mengadu kerap merasa ingin kencing dan telah ke tandas banyak kali untuk kencing. pada hari ini beliau masih mengadu masalah sama. menurut pasangan saya. dia ada merasa sedikit sakit ketika kencing. boleh saya tahu apa masalah yang dihadapi oleh pasangan saya. dia berumur 22 tahun

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah kerap kencing yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara yang lazim seperti:
- Jangkitan kuman pada saluran kencing
- Radang pada pundi kencing
- Terlalu banyak minum air
atau boleh juga disebabkan oleh perkara lain yang lebih serius seperti:
- Penyakit kencing manis
- Masalah hormon yang mengawal air dalam badan
- Penggunaan ubat ubatan seperti ubat darah tinggi jenis diuretik
- Pundi kencing terlalu aktif ( Overactive Bladder )
- Kesan strok
Untuk mengetahui punca sebenar masalah ini, maklumat lanjut dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Memandangkan adanya risiko jangkitan kuman, pihak anda dinasihatkan agar segera berjumpa dengan doktor bagi menjalani pemeriksaan lanjut.
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih