
Anonymous
5 tahun
Kerap kencing setiap hari
salam doc sy nak tanya knp sy kerap sgt kencing sedangkan sy kurang minum air. ia menjadi masalah bila saya bekerja sebagai pemandu bas . terpaksa berhenti rnr byk kali. kdg tu cth minum breakfast lepas tu kencing, kemudian belum minum lagi dah rasa nak kencing…terpaksa berhenti rnr seterusnya utk kencing . adakah ini normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman ] anda, kerap kencing boleh terjadi disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Diabetes
- Masalah prostat
- Interstitial Cystitis yaitu keradangan pundi kencing
- Penggunaan ubat diuretik untuk tekanan darah tinggi
- Strok atau penyakit-penyakit saraf
- Minum terlalu banyak
- Pemanis tiruan, alkohol, kafein dan makanan-makanan lain
- Kanser pundi kencing
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.