
Sulit
4 tahun
Kerap kencing tetapi paras darah normal
Saya wanita berusia 22 tahun. Sejak seminggu lepas, saya asyik kerap kencing dalam kuantiti sedikit. Air kencing ini juga dihurungi semut. Ibu saya mengatakan bahawa mungkin jangkitan kuman jadi saya membeli ubat di farmasi. Namun, perkara ini masih kekal seperti biasa.Hari ini saya berpuasa dan mengambil kadar paras gula dalam darah menggunakan glucose meter dan berada pada 5.5. Boleh saya tahu kemungkinan penyakit yang saya alami dan cara untuk mengurangkan masalah kerap kencing ini.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah kerap kencing yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Terlalu banyak minum air
- Masalah hormon yang mengawal air dalam badan
- Penyakit kencing manis
- Radang pada pundi kencing
- Penggunaan ubat ubatan seperti ubat darah tinggi jenis diuretik
- Pundi kencing terlalu aktif ( Overactive Bladder )
- Kesan strok
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah anda dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Untuk info lanjut tentang masalah ini secara mendalam, anda boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan pihak kami secara peribadi. Terima kasih