Sulit
4 tahun
Kerap memuntahkan makanan
saya sering memuntahkan kembali makanan yg saya makan sebab takut gemuk, saya ad masalah mental atau penyakit?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kebimbangan anda mengenai kenaikan berat badan sehingga memuntahkan makanan yang dimakan sebelumnya dan perkara ini mengganggu anda. Kami akan cuba membantu anda menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan anda muntah dan ia boleh disebabkan oleh masalah perubatan seperti masalah sistem gastrousus (pemakanan) ataupun masalah psikologi.
Antara punca yang biasa dikaitkan dengan muntah selepas makan adalah:
- Psikologikal: Bulimia nervosa, anorexia nervosa
- Masalah penghadaman
- Refluks asid atau GERD
Kami sarankan anda untuk bercakap dengan doktor kami di atas talian supaya kami dapat membantu anda menyelesaikan masalah yang dialami.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.



























