
Sulit
4 tahun
Kerap menelan air liur semasa tidur
Saya perempuan berusia 17 tahun , sudah 2 hari saya tersedar dri tidur kerana asik menelan air liur tanpa henti , saya tidak boleh menahan rasa seperti hendak menelan air liur berulang kali . Dalam mulut saya terdapat nanah pada gusi adakah ia disebabkan jangkitan kuman?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, pada umumnya, kelenjar air liur manusia selalu menghasilkan air liur setiap saat tanpa henti. Agar air liur ini tidak terkumpul di dalam rongga mulut dan tidak meleleh ke luar, tentunya ia perlu ditelan. Manusia mempunyai refleks untuk menelan, dan mampu menelan air liur secara sedar ataupun tidak. Hal sebegini adalah normal.
Namun sekiranya anda mengalami hipersalivasi iaitu penghasilan air liur secara berlebihan, beberapa penjelasan yang serius mahupun tidak serius yang dapat menjadi penyebabnya. Antaranya ialah:
- anda sedang lapar, melihat atau menghidu bau makanan yang lazat
- anda terasa loya
- gangguan pada susunan gigi
- terdapat jangkitan di dalam mulut
- keradangan pada saluran nafas
Berkenaan dengan keterangan anda yang menyatakan ada nanah pada gusi anda, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan segera. Nanah yang muncul adalah disebabkan oleh jangkitan kuman yang selalunya berpunca daripada bakteria. Sebaiknya masalah ini dirawat bagi mencegah sebarang komplikasi lain.
Namun, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Dapatkan penjagaan terbaik untuk kesihatan mulut anda. Kerana senyuman anda begitu berharga.