
fiezah07
2 tahun
Kerap muntah sebab duodenum longgar
Saya ingin bertanya jika duodenum (saluran dari perut ke usus) longgar apakah dapat dikembalikan sediakala.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kami tidak memahami tentang duodenum longgar daripada perut kerana ia merupakan organ yang bersambung. Tiada penyakit seperti yang anda nyatakan. Namun, masalah kerap muntah boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Cyclic vomiting syndrome iaitu sindrom muntah yang banyak terjadi pada pesakit migrain, diabetes dan sesetengah masalah psikiatri
- Masalah sistem pencernaan seperti dispepsia, gastritis (dikenali masyarakat sebagai gastrik) dll
- Penyakit pundi hempedu
- Penyakit usus akibat keradangan ataupun jangkitan
- Hamil
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.