
Sulit
5 tahun
Kerap onani selalu selali
Doktor ada soalan…jika kita kerap onani…adakah kita akan dapat penyakit sperti gonorea sifilis dll

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, Kegiatan onani (Masturbation) merupakan sejenis kaedah untuk mencapai kepuasan seksual dengan meraba alat sulit sehingga mencapai klimaks.Ianya memang biasa untuk melakukan aktiviti melancap pada usia yang muda ini. Namun demikian, melancap mempunyai kebaikan dan keburukannya yang tersendiri. Jadi, ianya lebih baik untuk mengetahui keburukan dan kebaikannya terlebih dahulu dan membuat keputusan dengan sendiri sama ada ingin melakukannya atau tidak.
Antara keburukan melakukan gejala onani adalah:
- Kecutan bahagian zakar.
- ‘Erectile dysfunction’.
- Ejakulasi pramatang.
- Cepat kelihatan tua.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.