
Sulit
4 tahun
Kerap sakit kepala dan berasa loya
saya wanita berumur 21 tahun dan belum berkahwin . saya jadi baby sitter kepada anak akak saya . saya kerap mengalami sakit kepala dan berasa loya . bila saya refer klinik kerajaan and swasta , saya dapat ubat tahan sakit & antibiotik . perkara ini sangat membimbangkan saya pada usia ini . bulan puasa ni lg kerap . lepas berbuka saya akan pening . loya . susah juga untuk muntah .
then saya decide buat acupuncture . therapist tu kata saya ada gastrik . angin dalam badan saya sangat banyak . lepas acupuncture angin saya susah keluar. even kalau saya berurut pun angin tak keluar . tak sendawa .
next harini saya decide untuk buat check up . saya nak buat ecg tp doc tu tak galakkan sebab umur saya masih muda . so , doc tu ambil urine dan darah je . result masih belum keluar .
saya ingin minta pendapat doc , apa yg patut saya buat or consume untuk keluarkan angin dalam badan ?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Maaf, kerana penerangan yang anda berikan masih memerlukan beberapa informasi tambahan bagi mempermudahkan kami untuk mengambarkan hal atau keluhan yang sebenar. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Disamping itu, memandangkan keluhan yang anda berikan mempunyai sejarah yang agak kronik, saya menyarankan anda untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang lebih komprehensif dari hospital atau hospital pakar yang berdekatan. Hal ini adalah untuk memastikan anda mendapat rawatan secara langsung dengan doktor pakar yang lebih arif dalam bidang-bidang yang terkait.
Lazimnya kondisi anda boleh dikaitkan dengan
- gangguan saluran pencernaan
- gejala perut kembung
- gangguan otot dan saraf
- komplikasi dari sakit kepala
- tanda-tanda gangguan lain yang memerlukan pemeriksaan ulang dari doktor
Buat masa ini saya berharap anda tidak terlalu memikirkannya selagi ia tidak mendatangkan mudharat pada tubuh atau gejala yang tidak menganggu rutin harian anda. Anda juga boleh
- memastikan pengamalan gaya hidup sihat
- pemakanan seimbang dan berkhasiat
- melazimi eksesais atau senaman seminggu sekali
- jauhi faktor yang dapat memicu sakit kepala
- mendapat rehat dan tidur yang cukup
- mendapatkan supleman tambahan yang disyorkan oleh doktor
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.