
Sulit
4 tahun
Kerap sakit perut selepas bersalin
Saya berumur 21… Dan telah pon melahirkan anak pada umur 19 tahun… selepas bersalin saya kerap sakit perut dan kembung perut… sakit perut saya kerap… ada satu masa sehingga saya tak mampu berdiri atau berjalan… ianya kerap berlaku… apabila pergi ke klinik hanya diberikan ubat gastrik… sedangkan itu bukan sakit gastrik… sakit perut saya antara di bawah pusat saya… saya kembung perut setiap hari… dan disebabkan itu saya tidak boleh berpisah dengan minyak angin… timbul tanda tanya… apa penyakit yang saya alami… sehingga satu masa saya berfikir yang hanya saya pelik kerana setiap hari sakit begini… setiap hari… saya buntu nak rujuk doktor mana… saya tak tahu saya sakit apa

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Terdapat banyak penyebab sakit perut bahagian bawah. Punca-punca sakit perut bahagian bawah boleh dibahagikan kepada keadaan berkaitan reproduktif, sistem perkumuhan, perut dan usus. Antara penyebab sakit perut bahagian bawah adalah:
Keadaan berkaitan perut dan usus:
- sembelit
- gastroenteritis
- sindrom iritasi usus
- divertikulitis
- penyakit Crohn’s
- usus buntu
- penyakit refluks gastroesophageal
- kolitis
- ileus
- penyakit lambat mengosongkan perut
- Angin pasang (hernia)
- apendiks
Keadaan berkaitan organ reproduktif:
- senggugut
- kehamilan
- endometriosis
- sindrom pramenstruasi
- ”cyst” ovari
- fibroid rahim
- kanser ovari
- kanser pangkal rahim
- kehamilan ektopik
- penyakit radang pelvis
Anda perlu merujuk doktor dengan segera jika mengalami perut kembung atau sakit perut bersama gejala berikut:
- tidak upaya untuk kentut
- kemuntahan yang terlampau
- demam
- muntah darah
- najis berdarah
- discaj faraj yang tidak normal
- sakit perut yang semakin teruk
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda masih risau tentang kesihatan anda? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.