
Sulit
3 tahun
Kerap sakit pinggang selama 2 bulan
Saya wanita berumur 20’an dah sudah 9 bulan berumahtangga. Pada akhir bulan March saya mula rasa sakit di bahagian pinggang hingga ke tailbone. Pada 8 April saya telah pergi ke klinik Zahran dan Doctor cakap mungkin kerana faktor posture duduk semasa kerja dan konklusi Doctor adalah
(1.DISORDER OF MUSCLE, UNSPECIFIED
2. LOW BACK PAIN
Ubat yang diberi ialah :
- Metsal Cream 50gm
- ARCOXIA 30MG TABLET
- ACUSTOP CATAPLASMA
- MYONAL TABLET 50MG)
Tetapi, saya masih merasa sakit di kawasan yang sama dan pada 8 Mei saya telah pergi ke Hospital Pakar An Nur dan konklusi Doctor mengatakan saya ada sedikit kencing kotor dan memberikan ubat
- Antibiotics
- Tahan Sakit
- Ural Granules 4G
Sehingga kini saya masih merasa sakit dia kawasan yang sama seperti dicucuk + lenguh + berdenyut-denyut dan bawah perut saya juga sakit tetapi tidak kerap
Mohon doctor untuk memberikan pendapat dan pencerahan apa yang perlu saya buat. Untuk pengetahuan doctor saya irregular period dan sedang follow up dengan hospital serdang. Saya ada terfikir untuk pergi ke hospital serdang tetapi masih berfikir-fikir kerana covid yang makin meningkat. Mohon bantuan dan terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan anda, sakit pinggang boleh disebabkan oleh pelbagai perkara seperti:
Khusus untuk wanita selepas bersalin:
- Penggunaan epidural
- Postur badan yang tidak betul ketika bersalin
- Prolapsed intervertebral disc
Ia juga boleh disebabkan beberapa faktor lain, seperti:
- berat badan berlebihan
- posisi sewaktu bekerja atau mengendalikan aktiviti
- ketegangan otot
- Saraf terhimpit (nerve entrapment)
- Masalah tulang belakang
- Osteoarthritis
- Kecederaan tulang belakang atau pinggang
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Sila klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi bagi mendapatkan penerangan dan nasihat yang diperlukan. Terima kasih
Masih risau dengan sakit pinggang anda? Usah gusar, pakar tulang (Orthopaedics) kami sedia membantu!