
faezahmarhat
5 tahun
Kerap selesema & vertigo
Saya wanita berumur 30 tahun. Saya sering mengalami selesema dan kadang2 mengalami vertigo. Saya ambil ubat Clarinase tapi selesema akan berhenti dalam 2-3 hari je.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, keluhan tersebut boleh jadi disebabkan beberapa perkara seperti:
- Allergic rhinitis
- Non-allergic rhinitis sepertic drug-induced ataupun exercise induced
- Vasomotor rhinitis - satu pentuk peradangan hidung
- Occupational rhinitis - terkait pekerjaan yang terdedah kepada habuk
- Infection rhinitis - jangkitan lapisan dalam hidung
- Sinusitis (jangkitan rongga tengkorak) atau juga dikenali sebagai resdung
Sebaiknya anda mendapatkan konsultasi doktor untuk dilakukan pemeriksaan lanjutan kerana dikhuatiri terdapat masalah kesihatan lain. Selain itu, sekiranya mahu mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.