
Sulit
5 tahun
Kerap sendawa dan sakit tekak
Dalam 4 hari lepas, tekak dan dan terasa sakit sedikit dan tekak terasa sempit. Saya juga amat kerap sendawa angin dengan sendiri. Badan terasa sejuk

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Malangnya, saya kurang jelas dengan soalan yang ingin anda ajukan kepada pihak kami.
Namun begitu, gejala badan terasa sejuk adalah sangat subjektif. Kami memerlukan pemeriksaan yang lebih objektif untuk memastikan sekiranya anda demam seperti menggunakan thermometer. Masalah demam ini boleh disebakan oleh:
Jangkitan bakteria / virus
Allergic Rhinitis
Keradangan
Manakala untuk masalah sakit tekak, ianya boleh disebabkan oleh:
Jangkitan bakteria/virus
Tekak luka akibat batuk
Tekak tercedera akibat makanan keras atau tajam
Terlalu banyak menjerit atau bercakap
Kurang minum air
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.