
Sulit
4 tahun
Kerap sendawa pedih tengah perut dan kebas sebelah kiri kadang kala rasa keta di tengkuk
Salam sejahtera…saya baru sahaja discaj dari wad , diadiagnos unstable agina, pertama kali saye ke er, doc member ubat magnesium trisilicate mix. Pada hari saya admit 1.11.2020 jam 12 pg, saya rase kebas sebelah tangan kiri, tengkuk sakit, buat ecg doc cakap normal tapi ada risiko jantung. Bp juga normal. Pada hari pertama saya di wad.perut saya sentiasa pedih dan selalu sendawa dan kadang2 membuat jantung seperti degup debar. Sudah discaj masalah sendawa masih ada, dan perut pedih…adakah ini masalah gastrik, adakah gasterik boleh mengganggu degupan jantung, kebas tgn dan leher serta rahang.apakah penyelesaiannya? Sentiasa pedih di bahagian perut Terima kasih doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang kerap sendawa dan sakit jantung.
Berdasarkan maklumat yang anda berikan, saya perlu melihat kepada keputusan ujian ECG anda, serta pemeriksaan fizikal perlu dilakukan bagi mengetahui masalah sebenar anda. Namun begitu, biasanya masalah sebegini boleh disebabkan oleh:
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Gastrik
- Masalah jantung
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Gangguan emosi
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Anda sepatutnya bertanyakan kepada doktor yang merawat anda di hospital pada tempoh hari untuk kepastian yang lebih jelas kerana mereka lebih mengetahui kondisi anda. Sekiranya anda masih mengalami gejala begini yang berlarutan, sila ke klinik atau hospital bagi pemeriksaan lanjut.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.