Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli
Selamat pagi dan salam sejahtera. Saya wanita berusia dalam linkungan 20-an.Sejak beberapa bulan lalu saya mengalami sendawa yang berterusan, kadangkala ditemani dengan ketidak selesaan di bahagian abdomen atas. Kadang kala ada juga berasa pedih ulu hati dan kembung perut. Berasa banyak angin dalam badan dan perut. Saya juga sering kali berasa seperti ada makanan tersangkut di leher dan dada setiap kali makan dan memerlukan air untuk melancarkan makanan. Perut cepat berasa sendat walaupun baru sahaja mula makan. Kadangkala ada sedikit rasa muntahan (regurgitation, not to the point of vomiting). Tiada pening-pening, tiada demam, tiada rasa mual dan tiada najis berdarah. Terima kasih.
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanyakan soalan tentang masalah kerap sendawa dan gejala lain. Saya akan cuba membantu.
Untuk makluman anda, gejala kerap sendawa boleh berlaku disebabkan oleh:
Sendawa juga boleh berlaku disebabkan tabiat seperti:
Gejala-gejala lain yang anda alami boleh jadi berlaku disebabkan masalah berkaitan gejala kerap sendawa anda seperti asid refluks atau disebabkan perkara lain. Oleh itu, bagi mengetahui punca sebenar masalah anda ini, anda perlu merujuk kepada doktor.
Anda boleh menghubungi kami untuk mendapatkan konsultasi secara atas talian. Saya berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.