Sulit
3 tahun
Kerap sendawa , rasa pening , ritma jantung laju
Saya wanita 26tahun . Mempunyai anak 9bulan . Selepas pantang , saya kerap mengalami debar jantung , vertigo , anxiety , panic attack . Seolah-olah sintom tu . Dah banyak bulan . Pergi hospital doktor check jantung ok , darah semua ok . Dah 3 kali saya pergi hospital , buat ujian yang sama . Doktor cakap ok . Cuma bagi vitamin je . Saya sampai stress fikir sakit nih . Saya rasa tak selesa . Bantu saya . Orang nampak luaran saya ok . Tapi dalaman saya rasa sakit . Menyucuk2 . Kerap sendawa . Pening2 . Badan menyucuk2 .
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah tersebut boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- GERD
- gastritis
- tertekan/stress
- hormon tiroid yang berlebihan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.