
rajanoorhamimi
6 tahun
Kerap sesak nafas dam semakin lemah
saya wanita berumur 30an pernah dan sedang bekerja di site high radiation, ammonia dah juga berhabuk. pada bulan lepas saya dimasukkan ke hospital dan di diagnosed asthma. saya diberi cuti selama sebulan dan doctor nasihatkan saya tidak pergi ke site lagi dan kini saya telah mengurangkan kerja di site. tetapi keadaan saya semakin teruk. walaupun melakukan aktiviti biasa, saya akan sesak nafas. naik tangga sikit, sesak nafas. angkat berat sikit pun saya akan sesak nafas. semalam saya naik bukit sikit je terus sesak nafas yang teruk dan pitam dan sehinggan sekarang saya masih pening dan badan lemah. doctor sudah naikkan dos symbicort kepada 4 puffs twice a day. saya risau sebab keadaan saya makin teruk dan lemah dan kehidupan harian saya terganggu. saya risau ada masalah kesihatan lain yang lebih serius memandangkan keadaan saya yang semakin lemah.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, terdapat kemungkinan puan mengalami masalah pada paru-paru puan disebabkan oleh terdedah kepada bahan radiasi, ammonia dan juga habuk.
Oleh kerana keadaan puan lebih teruk walaupun telah medapat rawatan, anda amat disarankan untuk kembali mendapatkan pemeriksaan lanjut. Adalah sukar untuk kami membuat kesimpulan hanya berdasarkan keterangan di atas, oleh itu, sila rujuk kembali ke hospital agar ujian dan pemeriksaan lanjut dapat dijalankan.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian sekiranya anda ingin mendapatkan nasihat lanjut. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!