
Sulit
4 tahun
Kerap terasa lapar selepas makan dan selalu buang air kecil
Saya remaja berumur 15 tahun , sejak kebelakangan ini Saya kerap terasa lapar selepas makan dan kerap kencing,adakah ianya tanda tanda kurang air dalam badan atau kencing manis?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, walaupun gejala sering lapar dan kerap membuang air kecil merupakan antara tanda klasik diabetes mellitus. Akan tetapi, ianya juga boleh disebabkna oleh beberapa perkara lain. Sebelum menentapkan sesuatu penyakit, pemeriksaan komprehensif perlu dilaksanakan. Secara umum, masalah kerap terasa lapar setelah makan boleh disebabkan oleh beberapa penjelasan lain, antaranya ialah:
- stres
- kurang tidur
- kesan sampingan ubat-ubatan
- dehidrasi
- diet ketat -Orang yang melakukan diet dengan cara membatasi jumlah kalori secara berlebihan akan sering merasa lapar sepanjang hari.
- hipertiroid
Manakala, masalah kerap kencing boleh disebabkan beberapa penyebab lain, seperti:
- Terlalu banyak minum air
- Masalah hormon yang mengawal air dalam badan
- Radang pada pundi kencing
- Penggunaan ubat ubatan seperti ubat darah tinggi jenis diuretik
- Pundi kencing terlalu aktif ( Overactive Bladder )
- Kesan strok
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, jika masalah ini berlarutan dan mengganggu anda, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut secara langsung dengan doktor di klinik/hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih sempurna. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih
Dapatkan kesihatan yang berpanjangan, hindari kencing manis dari awal !