Anonymous
6 tahun
Kering faraj ketika bersama
Saya wanita yang ada masalah kekeringan faraj ketika bersama suami. Apakah puncanya selain kebanyakan orang bagitau Saya ia adalah disebabkan kurangnya ransangan.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, faraj kering dapat terjadi disebabkan oleh:
- menopause
- breastfeeding
- mengambil ubatan seperti kontraseptif atau antidepresan
- mempunyai rahim anda dikeluarkan (histerektomi)
- menjalani rawatan kanser, seperti kemoterapi
Ubatan yang diberikan oleh doktor anda seharusnya cukup untuk mengurangi gejala yang dirasakan. Perlu d
Untuk mengetahui lebih lanjut punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian.

































