
Sulit
5 tahun
Kerisauan,berdebar, overthinking yang melampau sehingga mengganggu aktiviti seharian semenjak COVID19 dan PKP
Saya wanita 32 tahun. Sejak COVID19, company shutdown dan saya hanya duduk dirumah. Start PKP phase 1, saya mengikuti perkembangan issue COVID19 setiap hari melaui tv dan internet. Sepanjang tempoh PKP saya tidak banyak aktiviti dan kebanyakan masa hanya dengan phone and tv. Semakin hari perasaan takut datang dan saya mengalami kesukaran tidur malam setiap hari dan kerap terjaga. Bila terjaga badan rasa gementar, jantung terasa laju, sesak nafas dan kadang-kadang fikir mati. Paginya, badan saya terasa letih, sakit otot, kehilangan selera makan dan batuk. Saya ada pergi ke klinik untuk mengetahui keadaan kesihatan saya, tapi tiada yang serious. Hari berikutnya, batuk semakin pulih tapi saya masih mengalami masalah yang sama, kali ini saya rasa gementar secara tiba selepas solat subuh, rasa takut tiba2 tanpa sebarang sebab, rasa kebas, gementar seluruh badan, berpeluh, badan letih dan sangat lesu. simptom2 ini datang tiba2 dan kemudian hilang dan kemudian datang lagi tanpa saya sedari. Kehidupan seharian saya terganggu kerana saya rasa keletihan, takut, sesak dan berdebar. Adakah saya mengalami anxiety?apakah cara untuk saya mengatasi masalah ini dan adakah ia bahaya untuk diri saya.

5 tahun
Salam sejahtera,
Saya faham kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID-19 memandangkan kita sedang mengalami wabak tersebut pada masa ini.
Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Untuk makluman anda, gejala keletihan, berdebar dan jantung berdegup kencang boleh disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan termasuklah:
- Jangkitan bakteria atau virus “common cold”
- pedih ulu hati
- hormon tiroid berlebihan
- pneumonia
- anxiety (keresahan)
Keperluan ujian saringan COVID-19 adalah bergantung pada risiko jangkitan. oleh itu, Anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Sekiranya anda berisiko sederhana tinggi atau tinggi, anda boleh melakukan ujian untuk COVID-19 di hospital-hospital dalam senarai ini. (Designated Hospital for COVID-19)
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini