
Sulit
4 tahun
Kerisauan dgn tekanan darah saya
Saya pmpuan umur 18thun. Nak tanya, baru ii ni saya ada check blood pressure guna mesin yg dibeli di farmasi. Result dia 190/110. Saya ni badan gempal, jdi manset tu tkmuat dgn lengan …jdi saya pakai di atas sedikit dri prgelangan tangan. Jdi tekanan darah saya mmg tinggi begitu atau cara pemakaian manset yg salah? Tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang dialami oleh anda. Untuk pengetahuan anda, tekanan darah orang yang normal adalah sekitar 120/80 mmHg. Terdapat beberapa punca mengapa tekanan darah seseorang itu menjadi tinggi, seperti:
- Stres
- Obesiti
- Mempunyai sejarah keluarga atau diri mempunyai tekanan darah tinggi
- Masalah jantung
- Masalah kolesterol tinggi
Terdapat beberapa masalah lain juga yang boleh menyebabkan tekanan darah seseorang itu meninggi. Dalam situasi anda, ia mungkin disebabkan oleh mesin tersebut atau cara pemakaian yang salah. Disebabkan anda menyatakan tekanan darah anda tinggi, anda dinasihatkan untuk mengulangi bacaannya dan lihat semula. Sekiranya bacaannya masih tinggi, sila rekodkan di dalam telefon atau atas kertas dan bawa keputusan tersebut ke klinik kerana tekanan darah tinggi boleh menyebabkan pelbagai komplikasi. Anda perlu diperiksa dengan teliti dan rawatan akan diberikan sekiranya diagnosis diberikan oleh doktor.
Sila jumpa doktor dengan segera juga sekiranya anda mempunyai gejala yang disebutkan di bawah:
- Gangguan penglihatan
- Sakit kepala
- Sakit dada
- Sukar bernafas
- Kaki bengkak
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan penjelasan yang lebih mendalam daripada doktor kami secara peribadi. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.