
Sulit
4 tahun
Kerisauan jangkitan hiv positif
Suami sy ada kerisauan kerana sebulan lalu dia terlanggar lengan dgn sorang lelaki yg nmpk seperti ada masalah kulit yg teruk… Selepas berlanggar suami sy perasan ada kesan darah di tangan dan di tangan suami sy sendiri ada luka juga… Jadi sehingga sekarang dia merasa risau jika dia blh terkena jangkitan hiv jika lelaki tersebut penghidap hiv positif

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, “Human Immunodeficiency Virus” (HIV) merupakan sejenis virus yang menyerang sel-sel imun yang mempertahankan tubuh manusia daripada jangkitan. Risiko bagi penularan HIV melalui ciuman adalah sangat rendah dan luar biasa namun, ia adalah tidak mustahil.
Cara penyebaran HIV yang paling kerap adalah melalui hubungan seks tidak terlindung (seks melalui dubur atau faraj) perkongsian jarum atau peralatan suntikan dadah. Cara penyebaran HIV yang lebih kurang biasa adalah daripada ibu kepada anak ketika mengandung, melahirkan anak atau menyusukan anak.
Bagi HIV untuk ditularkan ketika berlanggar atau berselisih, tangan anda mestilah terdapat luka yang mendalam dan darah dari tangan pesakit mestilah terkena dengan luka pada tangan anda. Untuk kepastian lanjut, anda digalakkan untuk melakukan ujian yang boleh untuk mengenalpasti jangkitan HIV dalam badan anda.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.