
Sulit
4 tahun
Kerisauan tentang kualiti air mani dan masalah zakar
Saya lelaki , 18 tahun dan terlalu sering melancap sejak dari usia 10 tahun . Adakah kesan buruk perbuatan tersebut boleh dirawati dengan berhenti beronani buat satu waktu yang lama?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kerisauan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, tabiat kerpa beronani haruslah dikawal dan ditinggalkan. Kaum lelaki harus behati-hati apabila melakukan aktiviti seperti ini dan ingatkan kesan buruk yang boleh berikutan. Antara keburukan yang boleh diundang ialah seperti:
- Kecutan bahagian zakar. Disebabkan aktiviti melancap yang sangat aktif, ianya boleh menyebabkan berlakunya keradangan pada bahagian otot di zakar. Keradangan ini apabila berlarutan akan menyebabkan berlakunya sakit pada zakar individu tersebut serta membawa kepada pengecutan zakar.
- ‘Erectile dysfunction’. Ini merupakan sebuah masalah yang dipanggil sebagai mati pucuk. Perkara ini akan disebabkan oleh aktiviti melancap yang aktif. Hal ini kerana kerap melancap akan mengurangkan keupayaan untuk mencapai tahap ereksi yang maksimum.
- Ejakulasi pramatang. Ini bermaksud seseorang lelaki itu memancut keluar air mani terlebih awal sebelum memuaskan pasangannya. Hal ini kemungkinan akan menjejaskan rumah tangga mereka kerana tidak dapat memuaskan pasangan mereka.
- Cepat kelihatan tua. Aktiviti melancap yang kerap ini akan menyebabkan individu tersebut cepat sangat kelihatan tua dan ini akan menyebabkan penampilan diri seseorang itu kurang segak.
- Kemandulan. Seseorang yang kerap melancap dikatakan akan menghadapi kemandulan. Hal ini kerana aktiviti melancap ini akan menyebabkan berlakunya kekurangan sperma dalam air mani. Ini sekali gus akan membawa kepada kesukaran untuk wanita menjadi hamil.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Rawatan boleh diberikan kepada individu yang mempunyai masalah di atas berdasarkan anjuran daripada doktor. Pemeriksaan susulan diperlukan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna tentang hal ini.
Namun, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah