
Sulit
3 tahun
Kerisauan terhadap kemandulan
Saya ingin meminta saranan tentang pemakanan yg sihat untuk menguatkan sistem pembiakan.Saya juga ingineminta saranan doktor tentang ubat kuat yg terbaik.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang ditanyakan.
Berdasarkan soalan anda di atas, saya memahami tentang kebimbangan anda mengenai kemandulan. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa makanan yang sihat untuk menguatkan sistem pembiakan, antaranya adalah:
- Sayur-sayuran (kobis, brokoli,kemtang dll)
- Buah-buahan (delima, pisang, nanas)
- Rempah ratus (kunyit, bawang putih dll)
- Minyak hati ikan kod
- Susu penuh krim
- Badam
Sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat maklumat yang tepat. Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan maklumat serta tindakan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.