
Sulit
5 tahun
Kerisauan terjadinya kehamilan
Saya wanita 20-an saya telah melakukan hubungan intim dengan pasangan saya 3 hari sbelum jangka masa haid seterusnya , 2 hari saya bersama pasangan saya dan pasangan saya telah pancut dalam setiap kali berhubungan intim. Keesokannya saya mengambil postinor 2 seperti arahan disediakan 1 biji dan 12 jam seterusnya. Adakah kehamilan boleh terjadi?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Untuk pengetahuan, Postinor-2 adalah kontraseptif kecemasan. Ia diambil dalam tempoh 72 jam hubungan seks tanpa perlindungan.
Dianggarkan bahawa Postinor-2 akan menghalang 85% kehamilan yang diharapkan. 95% kehamilan yang dijangkakan akan dicegah jika diambil dalam 24 jam pertama, menurun kepada 58% jika diambil antara 48 jam dan 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi.
Bagi maklumat dan keterangan lanjut, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih