Sulit
2 tahun
Kesakitan di celah kelangkang lelaki dewasa
Saya lelaki umur 27 tahun…saya mengalami kesakitan di celah kelangkang saya disekitar berdekatan lubang dubur saya…rasa senak hingga sulit untuk berdiri…adakah tanda prostat
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah sakit dicelah kelengkang berhampiran dubur. Saya faham akan kebimbangan anda dan akan cuba untuk menjelaskan situasi anda dengan baik.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa jenis penyakit yang boleh menyebabkan sakit di kawasan seperti yang telah anda nyatakan, antaranya adalah:
- Buasir
- Kanser prostat
- Keradangan
- Jangkitan
- Hernia
Anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk rawatan yang sepatutnya.
Saya berharap maklumat diatas dapat membantu dan sekiranya anda ingin bercakap dengan doktor kami, anda boleh menghubungi mereka secara atas talian. Terima kasih.