
ungulis88
5 tahun
Kesakitan di dada hingga menyebabkan muntah dan pendarahan yang keluar dari hidung
Saya wanita berusia 31 tahun.Kebelakangan ini saya kerap mengalami sakit di bahgian kepala dan dada yang menyebabkan saya muntah dan sering sakit kepala.Sebelum ini saya pernah terjatuh yang menyebabkan kepala saya terhantuk pada lantai.Baru-baru ini darah mengalir melalui hidung.Adakah disebabkan trauma saya jatuh @tekanan yang menyebabkan saya mengalami simpton sebegitu?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sakit kepala merupakan masalah yang baisa dihadapi. Salah satu jenis sakit kepala yang biasa dihadapi ialah migrain dan sakit kepala ini boleh disertai oleh muntah. Sakit kepala ini biasanya boleh disebakan oleh keletihan dan tekanan.
Namun begitu, memandangkan anda pernah terjatuh dan mengalami gejala pendarahan dari hidung, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut agar pemeriksaan lebih teliti dapat dijalankan.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi konsultasi secara peribadi. Konsultasi dan ubatan anda adalah percuma sekiranya anda merupakan ahli Peduli Sihat. Terima kasih.