
Sulit
3 tahun
Kesakitan dibahagian zakar lelaki dewasa
Lelaki berumur 28 thun.Saya mengalami masalah di bahagian kemaluan…kulit zakar saya sedikit kering dan kusam…kulit juga menjadi seperti kendur dan tidak tegang seperti biasa…ini menyebabkan rasa pedih dan juga terasa berat apibila kulit yang kering tersentuh sesuatu atau terkena air…saiz juga berubah dari kebiasaaan…ereksi tanpa rangsangan kerap terjadi pada waktu tidur…jika ia menegang saya harus bangun dan berjalan untuk kembali normal…apakah yang berlaku…perlukah saya membuat ujian ultrasound

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui keterangan diatas, anda mengalami masalah kesakitan pada zakar, kulit kering disertai dengan rasa pedih. Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu anda dalam hal ini.
Untuk pengetahuan anda, masalah ini boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Kecederaan pada zakar
- Radang kulit di sekitar kawasan kemaluan
Namun gejala ini juga boleh berlaku akibat kondisi yang serius yang memerlukan pemerhatian lebih lanjut daripada doktor seperti:
- Jangkitan kelamin seperti gonorea atau sifilis
- Gangguan saluran darah ke kawasan kemaluan
- Radang testis ( orchitis )
- Jangkitan salur kencing ( urinary tract infection )
Oleh itu, anda digalakkan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut
Kami berharap penerangan ini dapat membantu. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor