
Nurrashikin93
5 tahun
Kesakitan melakukan seks bersama suami
Saya berusia 26 thun dan baru shja 4 bulan bersalin. Pertama kli melakukn hubgn bersama suami sy merasa sakit dan keluar cecair sprti darah. Dan kli kdua mlkukn tetap kluar darah. Saya nak tahu apakah punca sebenarnya ? Saya sakit semasa mlkukn.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit saat beruhubungan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah kulit - seperti ulser. Sesetengah dermatitis ( contact dermatitis ) terjadi akibat sabun wangi, sehingga menyebabkan kegatalan, rasa terbakar, dan kesakitan.
- Vulvodynia - Ini adalah masalah kesakitan
- Perubahan hormon - Menopause, menyebabkan penurunan estrogen hormon wanita sehingga terjadi kekeringan faraj
- Vaginitis - Keradangan faraj, boleh disebabkan oleh jangkitan yis atau bakteria
- Vaginismus - kontraksi refleks (mengetatkan) otot pada pembukaan vagina anda
- Melahirkan - Contohnya wanita yang dilakukan episiotomi boleh mengalami kesakitan semasa seks yang mungkin berlangsung selama beberapa bulan.
- Sebab-sebab lain seperti penyakit radang pelvik, endometriosis, dan pelekatan tisu
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.