
Sulit
4 tahun
Kesakitan pada bahagian dada
Assalamualaikum… saya wanita berumur 25 tahun. Saya sakit bahagian dada seperti ditoreh pisau. Sakit ini datang secara tiba-tiba. Saya bekerja sebagai seorang engineer. Saya juga kerap mengalami gastrik lebih-lebih lagi musim puasa. Adakah sakit saya itu kesan daripada asid gastrik atau lain-lain?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Serangan gastrik
- Refluks asid atau GERD
- Masalah jantung
- Hipoglisemia (kurang gula di dalam badan)
- Anemia (kurang darah merah di dalam badan)
- Serangan asma
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda. Sukar untuk kami katakan punca sebenar mengapa anda mengalami sakit dada memandangkan maklumat lanjut perlu diketahui.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi
Sila dapatkan bantuan perubatan dengan segera sekiranya anda mengalami gejala di bawah:
- Demam
- Pening kepala
- Sakit kepala
- Sukar bernafas
- Gangguan penglihatan
- Loya dan muntah
- Pitam atau hampir pitam
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.