Sulit
6 tahun
Kesan ambil 5biji pil perancang paket yg ke3 selepas hubungan intim
hye doc, sy ain. ingin bertanya, jika sy dan suami melakukan hubungan intim selepas 5 hari sy ambil pil perancang paket ketiga, adakah pil tersebut telah berkesan? (5hari tu saya makan pil yg aktif sebab saya baru sahaja lepas period)
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Untuk pengetahuan puan, 1 strip pil perancang mempunyai 21 tablets, di mana ia harus diambil setiap hari. Sebaiknya pil pertama haruslah diambil pada hari pertama anda datang haid bulan tersebut. Pil yang seterusnya haruslah diambil setiap hari pada masa yang sama untuk memastikan keberkesanan pil perancang mengelakkan kehamilan. Kemudian, anda akan berehat selama 7 hari sebelum mulai makan strip baru.
Akan tetapi, menurut penjelasan puan, saya mendapati puan mulai makan pil pertama pada hari ke-6 kitaran haid. Secara umum, seorang wanita boleh mula mengambil pil perancang pada bila-bila masa dalam kitaran haid mereka. Walau bagaimanapun, ia boleh mengambil masa beberapa hari untuk pil tersebut menubuhkan kitaran hormon yang konsisten dan efisien dalam menghalang kehamilan. Dengan memulakan pil midcycle, seseorang berisiko kehamilan dan sebaiknya menggunakan kaedah perancang tambahan sehingga mereka mengambil pil itu selama sekurang-kurangnya 7 hari berturut-turut.
Untuk mendapatkan maklumat yang selanjutnya mengenai pil perancang, anda amat disarankan untuk merujuk persoalan ini kepada doktor kami. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



































