arissaasyikin93
5 tahun
Kesan asid folik keada bakal pengantin
salam doktor, saya bakal dansaya telah mengmbil asifd folik, tetkapi setelah mengamalkan nya, period sy tidak datang pada masanya
sebab kalau sebelum ni sy akan dapat tanda seperti sakit di payudara, sakit pinggang, namun bila makan acid folik tanda tersebut tida dan period sy lewat, adakah sy patut stop berkahwin sebulan dari sekrang
5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, asid folik merupakan suplemen yang diperlukan untuk diambil apabila ingin merancang kehamilan bagi mengelakkan masalah kesihatan kongenital pada janin. Walaupun secara amnya pesakit tidak akan mengalami sebarang kesan sampingan yang teruk, namun terdapat beberapa individu yang mengalami gejala:
- Loya
- Perut berangin
- Kurang selera makan
- Masalah kesukaran untuk tidur
Masalah haid tidak teratur secara amnya boleh disebabkan oleh:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUCD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.


























