
Sulit
4 tahun
Kesan buruk bagi wanita
Dr. Saya cuma nak tahu… Kesan buruk bagi perempuan yang suka melancap? Ada ada baca forum kesan buruk mostly kepada lelaki. Bagaimana pula bab wanita? Boleh kena kanser cervix? Mandul?
Terima kasih dr. Saya cuma ingin tahu

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Untuk pengetahuan anda, tiada apa-apa kesan negatif terhadap wanita yang melakukan onani sekiranya perbuatan tersebut boleh dikawal. Tetapi, sekiranya perbuatan tersebut tidak dapat dikawal, ia boleh mendatangkan beberapa kesan psikologi seperti:
- Memerlukan stimulasi yang lebih banyak untuk berasa puas
- Sekiranya anda mempunyai pasangan, anda mungkin mempunyai harapan yang tinggi untuk pasangan anda memuaskan anda
- Mengganggu aktiviti harian
- Kurang keyakinan diri
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai soalan yang diajukan oleh anda. Untuk menjawab soalan anda, tiada kajian yang menyatakan wanita onani boleh mendapat kanser serviks atau rahim dan boleh menyebabkan kemandulan.
Sekiranya anda masih ragu-ragu, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan nasihat daripada doktor kami secara peribadi. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.