
Sulit
5 tahun
Kesan dan pantang larang pengambilan pil perancang?
nor, 30tahun. sy bru pertama kali ingin mengambil pil perancang keluarga. apakah tanda-tanda pil ini sudah berkesan ke atas diri saya? dan apakah pantang larang ketika pengambilan pil perancang ini agar ia terus berkesan?
apa makanan/minuman yg perlu saya elakkan?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, penggunaan pil perancang kehamilan akan menunjukkan kesan selepas beberapa minggu pengambilan. Antara kesan pengambilan pil perancang adalah:
- Kitaran haid lebih tetap
- Tompokan berwarna coklat
- Cepat lapar dan naik berat badan
Pantang larang penggunaan pil ini adalah:
- Sekiranya sedang hamil
- Mempunyai penyakit jantung, migrain, pendarahan vagina yang belum mendapat diagnosis, penyakit hempedu
- Berat badan berlebihan
Anda boleh amalkan pemakanan seperti biasa dengan diet yang seimbang dan elakkan makan berlebihan kerana berat badan akan mudah naik. Sekiranya anda mempunyai soalan mengenai kaedah perancangan keluarga serta masalah kesihatan, anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.