
Anonymous
2 tahun
Kesan darah selepas bersama
hai dokter…sy ade soalan …sy berumur 30thn… mempunyai seorg anak berumur 7 tahun . last period sy utk bulan 23/4… (4-5hari) … utk bulan 5 sy xperiod … n period dtg pada 3/6… ( 4hari ) dan sy bersama suami selepas 2minggu period … selepas bersama . ade sedikit kesan darah ketika sy membuang air kecil. .( tidak sakit ) mengapa ade kesan darah ketika sy membuang air kecil.?? utk pengetahuan dokter … sy tidak ambil apa2 pill perancang . sy dlm usaha utk mendapatkan zuriat ke 2 … tq dokter

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk mengetahui punca masalah anda, maklumat lanjut harus kami perolehi dan pemeriksaan haruslah dilakukan. Pendarahan selepas bersetubuh dipanggil post-coital bleeding dan boleh disebabkan oleh beberapa perkara:
Tidak cukup pelincir ketika melakukan hubungan
Jangkitan kuman pada bahagian kelamin atau telah merebak ke bahagian pelvis
Luka yang tidak pulih selepas bersalin
Ketumbuhan polip pada bahagian dalam vagina, cerviks atau rahim
Radang pada cerviks
Masalah yang anda hadapi ini memerlukan perhatian lanjut kerana pendarahan selepas hubungan seksual bukanlah perkara normal. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian . Terima kasih.