Sulit
4 tahun
Kesan daripada onani
Saya seorang lelaki yang mempunyai masalah ejakulasi pramatang kerana kerap onani.saya dah berhenti onani.tetapi apabila saya buang air besar dan kadang kala kencing keluar cecair seperti mani melalui cecair kencing.bolehkah mani keluar dengan cara begitu atau adakah itu adalah kesan daripada onani.Adakah cecair itu adalah wadi?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai/Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Retrograde ejaculation
- Jangkitan salur kencing atau urinary tract infection (UTI)
- Masalah prostat
- Kesan sampingan ubat
- Masalah psikologi
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sukar untuk kami katakan sama ada gejala yang anda alami berpunca daripada masalah apa ataupun cecair tersebut merupakan air mani ataupun cecair lain. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Untuk pengetahuan anda, itu bukanlah kesan daripada onani.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.

































