aaronivy9494
6 tahun
Kesan jika trlupa mkn pil perancang
Saya wanita 20 an. Bru shaja 50 hari selepas berpantang. Skrang saya mengambil pil perancang regulon. Saya ada terlupa makan pil itu satu biji pada 7 julai. Namun, d awal pagi 8 julaisaya ada bersama dengan suami. Pada malam 8 julai baru lah makan semula pil perancang utk hari tersebut. Pada 15 julai ada keluar cecair coklat. Saya nak tahu apakah maksud nya itu? Ada kah persenyawaan sdang berlaku?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, sekiranya anda terlupa makan 1 pil perancang, anda harus makan serta merta apabila teringat semula dan teruskan pengambilan pil yang lain seperti biasa. Manakala untuk gejala cecair coklat yang keluar dari faraj anda, ianya boleh disebabkan:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Alternatifnya, anda boleh mengambil ujian kehamilan bagi memeriksa status kehamilan anda. Ataupun anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



































