
Sulit
4 tahun
Kesan kurap di kemaluan
Saya wanita berumur 28 tahun, bujang. Saya kerap mengalami kegatalan di kawasan kemaluan. Bertahun-tahun. Nak jumpa doktor, malu. Bila makin teruk, saya nekad pergi klinik. Doktor kata kurap, dan dah tebal, sampai kwsn kemaluan saya jadi hitam. Doktor beri fukole dan candid-B. 2 minggu mkn fukole, kurap dah kering. Tapi mcm mana nk hilangkan kesan hitam tersebut? Kurap tu akan dtg semula tak? Mcm mana nak elak? Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham situasi yang anda alami. Untuk maklumat anda, kegatalan tersebut mungkin berpunca daripada:
- Penjaga kawasan kemaluan yang kurang bersih
- Jangkitan kelamin
- Radang kulit
Ia juga boleh disebabkan oleh sebab lain. Untuk menjawab persoalan anda, ia akan hilang dengan semulajadi kerana lapisan kulit kita akan sentiasa diperbaharui. Sekiranya kesan hitam tersebut tidak hilang dan semakin merebak, sila berjumpa dengan doktor.
Bergantung kepada penjagaan kebersihan anda, kurap itu tidak akan datang semula dan dapat dielakkan sekiranya anda menjaga kebersihan dengan betul.
Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara langsung. Terima kasih.