
acapnade
5 tahun
Kesan makan postinor lebih dari 72 jam lepas waktu sex?
doktor saya nk tny. isteri sata ambil postinor tetapi selepas 3 hari kami bersetubuh… adakah berkesan postinor tersebut?? apabila makan melebihi 72 jam?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, dianggarkan bahawa Postinor akan menghalang 85% kehamilan yang diharapkan. 95% kehamilan yang dijangkakan akan dicegah jika diambil dalam 24 jam pertama, menurun kepada 58% jika diambil antara 48 jam dan 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi. Memandangkan anda telah 3 hari, ia adalah sekitar 72 jam. Maka belum jelas disini jam sebenar pasca bersetubuh.
Bagi wanita yang kerap melakukan hubungan seksual, dinasihatkan untuk mengambil alat pencegah hamil seperti IUCD atau suntikan perancang hormon selain daripada pil perancang bagi mencegah hamil untuk jangka masa yang panjang. Memandangkan anda telah mengkonsumsi pil pertama dalam waktu kurang 10 jam, maka efek protektif ubat terhadap kehamilan masih berfungsi.
Untuk info tambahan, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian sekiranya puan ingin mengetahui lebih lanjut tentang perancang keluarga lain. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.