
Sulit
3 tahun
Kesan meghidu wap panas
Saya lelaki berusia 21 tahun dan masih belajar di sebuah ipt. Disebabkan covid, pembelajaran berjalan secara atas taliam. Oleh itu saya mula menjana pendapatan dengan menjual aneka kuih talam. Semenjak dua menjak ini dada saya terasa rasa lain macam. Untuk pengetahuan dr, satu cara utk mengelakkan kuih talam berkedut dan nak dapatkan permukaan yg cantik adalah dengan cara kerap membuka tudung pengukus. Soalan saya adakah merbahaya sekiranya menghidu wap panas dari pengukus. Hal ini kerana saya mendapati semenjak saya menjual kuih talam ini saya rasa struggle utk bernafas…saya cuba tarik nafas dlm2 pon susah. Atau mungkin disebakan gaya hidup saya yg tak sihat. Sebab sejak kebelakangan ini saya agak berselera nk mkn. Jadi apa pendapat dr

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, gejala sesak nafas boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Gangguan perasaan
- Kekurangan darah atau anaemia
- Alahan
- Resdung
- Kegelisahan (Anxiety Disorders)
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Serangan jantung
- Jangkitan paru-paru (pneumonia)
- Asma
- Jangkitan paru-paru kronik seperti tibi, paru-paru berair (pulmonary oedema)
- Penyakit obstruktif saluran pernafasan kronik (Chronic Obstructive Airways Disease)
Namun anda mungkin dijangkiti dengan COVID-19. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Anda perlu khuatir jika anda baru pulang dari negara yang terjejas teruk dengan wabak COVID-19 atau anda mempunyai kontak rapat dengan mereka yang sah dijangkiti COVID-19. Oleh itu, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Kembali kepada soalan anda, secara lazimnya, menghidu wap tidak akan membuat anda rasa sesak nafas, namun, boleh berlaku jika anda mempunyai alahan terhadap baunya.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini