
Sulit
4 tahun
Kesan memakai seluar dalam wanita
salam hai doktor. saya lelaki 23 tahun. saya nak tanya. ada kesan / effect apa - apa ke atau terjadi apa - apa ke kalau memakai seluar dalam wanita yang telah dipakai olehnya? maksudnya sebagai contoh, saya memakai seluar dalam teman wanita saya yang telah dia pakai. namun seluar dalam tersebut telah dibasuh terlebih dahulu dengan sebersih - bersihnya sebelum saya memakainya. terima kasih doktor.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Pastikan kebersihan tubuh anda sentiasa terjaga. Klik disini untuk dapatkan bantuan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Umumnya individu itu tidak digalakkan berkongsi beberapa item yang akan disenaraikan di bawah. Hal ini adalah untuk mencegah risiko jangkitan penyakit, alahan atau gangguan inflamasi yang boleh ditransmisi ke orang lain - walaupun item tersebut dibersihkan/dicuci/dibasuh dengan kerap. Antaranya termasuk
- pakaian dalam
- tuala
- berus/span mandi
- berus gigi
- sikat
- toiletries yang lain
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Urologist kami sedia membantu.
Sila segera berjumpa doktor sekiranya anda mempunyai gejala seperti
- kemerahan atau gatal di daerah kelamin
- gangguan buang air kecil
- tanda-tanda inflamasi
- atau gejala lain yang mengganggu aktiviti harian anda
Tambahan lagi, anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan kepada doktor kami secara langsung diatas talian.