
Sulit
4 tahun
Kesan mengambil postinor atau hamil
Salam sejahtera. saya ingin bertanya saya telah mengadakan hubungan pada 3 hari sebelum waktu ovulasi saya dimana pada waktu subur. Pasangan saya hanya memasukkan jari ke dalam vagaina. Kerana risau jari mempunyai air mani, saya telah memakan pil postinor selepas 2 jam. Setelah itu keluar lendir berwarna coklat kehitaman selama 4 hari sedangkan period saya mempunyai baki 7 hari lagi. Adakah itu kesan sampingan mengambil pil tersebut dan adakah kemungkinan hamil itu tinggi? Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan diajukan.
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan lendir atau cecair yang keluar daripada faraj. Antaranya ialah:
- Keputihan fisiologi
- Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh kulat candida albicans
- Chlamydia yang disebabkan oleh bakteria chlamydia trochomatis
- Gonorea oleh Nisseria Gonorrhoea
- Trichomoniasis disebabkan oleh bakteria trichomonas vaginalis
- HPV yang disebabkan oleh virus Human Papiloma Virus (HPV)
- Herpes yang disebabkan virus Herpes Simplex
Untuk pengambilan postinor, ia juga mempunyai banyak kesan sampingan seperti:
- Pendarahan melalui faraj
- loya
- Pening
- Lesu/kepenatan
- Muntah dan sakit kepala
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.