
Sulit
4 tahun
Kesan mengambil postinor2 9kali
ai doktor… Saya Niza. Saya berusia 24tahun. Saya sudah mengambil 9kali ubat postinor 2. Saya ada terbaca jika mengambil postinor, akan kesukaran kehamilan selamat 3 tahun. Bagaimana dengan masalah saya doktor, saya sudah mengambil 9kali postinor, adakah saya akan kesukaran hamil selepas ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Saya tidak pasti tempoh masa untuk anda mengambil 9 kali pil tersebut tetapi, sebaiknya pil perancang kecemasan ini tidak boleh diambil lebih dari sekali dalam masa 1 bulan.
Pil perancang kecemasan memang bertujuan untuk mengelakkan kehamilan selepas hubungan seks yang tidak terlindung. Namun, setakat ini tiada kajian yang menunjukkan pengambilan ubat ini boelh menggangu kesuburan seseorang wanita. Oleh itu, ia tidak akan menganggu peluang untuk anda hamil di masa hadapan.
Selain itu juga, oleh kerana saya dapati anda telah kerap mengambil pil ini, ingin saya sarankan untuk anda mengamalkan kaedahperancang keluarga yang lain dan lebih selamat berbanding pengambilan pil perancang kecemasan secara kerap. Anda boleh berbincang dengan ahli farmasi atau doktor anda mengenai kaedah yang sesuai dengan anda bergantung dengan status kesihatan dan pilihan anda.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahuilebih lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.