
Sulit
5 tahun
Kesan Noriday (Bleeding)
Saya wanita 21 tahun dan saya mengambil noriday sebulan selepas bersalin anak yang pertama kerana saya masih menyusu badan. Setelah habis 28 biji saya perasan saya mengalami period seminggu sekali .Adakah ini normal atau saya perlu berhenti mengambil Noriday?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, pengambilan pil Noriday selepas 28 biji sememangnya akan memberikan pengguna haid selepas itu kerana ia digelar sebagai “tempoh berehat” kerana rahim perlu mengeluarkan darah-darah didalamnya. Setelah cukup tempoh berehat, anda boleh menyambung semula pengambilan pil ini untuk pek baharu bagi melindungi dari kehamilan.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.